Bah harap sihat la semua ah. Sa pun sihat saja ni. Dan sa mengaku, new year resolution sa untuk berdiet dan ber'Biggest Loser' belum berhasil. Patut dalam kapala utak sa ni mesti tayang Biggest Loser Asia 24 jam 7 hari seminggu baini. Baru lah!
Ataupun, kasi nampak urang-urang gumuk yang berpenyakit! Hahaha nakal oh kan kita manusia, tehantuk baru mo tunduk bila mo masuk bawah kulung.
OK macam bukan 'kebiasaan' sa pula untuk lama tia update blog ni. Selalunya 'hantu Internet' atau 'monitor head' macam sa ni setiap 15 minit update blog baini. Tapi walaupun bulih tahan juga mulut sa ni kalau suda kanal tia pandai diam mo becakap, jari sa pun lebih kurang juga, asyik mo menaaaaaaaaip saja, belum lagi masuk bab idea mencurah-curah lapas melihat sesuatu!
Kalau bulih, benda-benda macam kucing sa kasi takajut sa sampai sa tekantut pun sa mo blog baini. Tapi entah la. Semenjak dua menjak ni sa rasa 'kureng' sikit. Hence, the entry title.

Sa rasa macam kana bubut masa oh. Walaupun mimang la ba suda jadi lumrah sa tu selalu kana bubut masa. Dan selalunya masa yang akan menang. Tia perna-perna la sa punctual berabis. Walaupun kalau sa tau sa punya temujanji tu jam 8 pagi, jam 5.30 lagi sudah sa bangun! Betul! Tapi keburukan tebiat sa ialah bila sa TAU masa masih lama, sa akan "SNOOZE" itu jam. Ah tidur balik dulu lah. Baru jam 5.30 ni. Nanti bangun balik jam 7 pun masih sampat bah..
Padahal, bila sa bangun jam 7, macam-macam la masalah mo timbul. Mo mandi sabun habis lah, berus gigi hilang lah, selipar tecabut lah, santut pun tia muat la apa la. Macam-macam hal. Bila suda lambat, sa mo kasi alasan pun, memang suda lambat. Kalau pi jumpa gelpreng, merah padam suda muka dia. Mo bawa pigi KFC ka pigi mana-mana pun muncung dia mo satu jangkal oh panjang dia. Itu terek ah.
Dalam segala hal sa rasa di'bubut'. Bah kalau yang tia tau maksud 'bubut' ni (slang Sabah) maksud dalam BM BAKU ialah 'kejar'.
Ini lah mungkin bahana telampau mengumpul 'to do list'. Pernah ka kamurang kasi list apa benda yang kamu mo buat, tapi lalast, satu haram pun tia siap?
Ini lah yang terjadi sama sa. Ya sa tau I have no one to blame but myself. Siapa suruh kan. Kotoh tiwas!
Jadi sebenarnya blog entry ni sa tujukan juga kepada kawan-kawan yang mengalami nasib yang sama dengan nasihat, jangan jadi macam sa. Hehe.
Becakap pasal perkataan 'bubut' ni, ada dua pula erti dia. Yang pertama maksud dia ialah 'kejar' iaitu sejenis 'kata perbuatan' atau 'verb' dan yang kedua ialah sejenis burung iaitu 'kata nama' ataupun, 'a noun'.
Ya kalau di Sabah ada tu burung yang coklet-coklet tu yang macam bosar bila nampak, tapi bila tangkap, kici pula. Bulu saja lebih. Itu lah namanya, burung Bubut.
Jadi sa teingatlah juga satu cerita lucu ni yang sa nampak di katun si Langkawit dulu-dulu. Ceritanya begini.
Di Tamu ("pekan Rabu") ada lah seorang penjual ayam ni yang berbangsa Dusun menjual ayam-ayam yang masih hidup. Cuma yang 'malasnya' beliau ini, dia ni teda bawa sangkar. Tu ayam-ayam dia ikat pakai tali rapia saja. Tu pun tali rapia yang suda kana 'bala tanga' balik-balik (supaya dapat 'membanyakkan' tali). Jadi mo dijadikan cerita, ada la ni Pakistan yang jual barang-barang letrik murahan macam walkman, radio kecil, jam, brick game yang murah-murah dan capat rusak tu; menjual di sebelah si Dusun yang menjual ayam ni tadi.
Tu Pakistan jeling-jeling tu Dusun. Sebab kunun murah rezeki si gaman tu ari. Ramai yang pigi beli tu 'ayam tua' dia. Tia sia-sia dia turun pigi Tamu tu ari. Entah napa urang kuat makan ayam sejak akhir-akhir ni. Mungkin pasal teda suda cerita 'Selsema Burung'. Selsema 'ngok-ngok' pun urang lupa suda.
Si gaman pun minta puji la kunun. Dia pun jeling-jeling tu Pakistan. Dalam hati dia balik-balik cakap "Mujhe maaf karto enspektor sab" yang dia pikir maksud dia "sori-sori la ah sebab ayam sa laku tapi radio ko indada urang mo beli". (Dialog rekaan saja ah)
Tiba-tiba mo dikasi jadi cerita yang tragik, terlepas la ayam-ayam si gaman ni sewaktu dia sedang sibuk melayan pembeli sambil menjeling si Pakistan tadi. Tu Pakistan pun nampak itu ayam belarian lalu berteriak cakap "BUBUTTTTTT!!!! BUBUTTTTT!!!!" (Dia suruh si gaman kejar tu ayam yang lari). Tapi si gaman macam tia paham. Dia meninguk pula sama si Pakistan. Lalast si Pakistan tu pun tunjuk sama tu ayam-ayam yang mo 300 meter suda jauh dia dari tempat durang menjual. Si gaman pun menoleh, takajut, lepas tu dia toleh balik sama si Pakistan lalu menamparnya dengan sekuat hati seraya berkata "BUDUH KAU INI! ITU BUKAN BUBUT! ITU AYAM!!!!!!!!"
Lalu si gaman pun lintang-pukang mem'bubut' ayam-ayamnya. Sekian.
Lucu ka sa punya cerita? Kalau tia lucu, I'm Sorry! Hahaha.
Anu bah, tadi sa tinguk Raja Lawak Astro Musim Ke 4, gerigitan btul sa bila sa pula yang terasa banyak idea mo buat lawak berbanding durang-durang. Gerigitan sa sama tu kumpulan 'Kecik' yang asal penonton tepuk tangan, trus rusak persembahan durang. Si Alex pun sikit-sikit dia punya lawak. Macam sa rasa tia cukup. Tapi itu la bukti dia kan, bukan senang mo buat lawak. Bukan senang mo kasi katawa urang. Apa lagi dengan 'slang Sabah' yang kumpulan Kecik sama si Alex bawa tu.
Tapi sa rasa mungkin pasal audience di dalam tu studio pun ada urang-urang Sabah juga baitu, tu la durang katawa juga. Sandi la kalau nanti si Alex buat 'show' di dapan penonton yang btul-btul Malaya berabis ni. Mesti durang tia paham tu.
Tapi tida apa, 'sa ada mo kasi tau kamurang satu' (tagline si Alex).
Yang peserta lain pun ok juga (kecuali yang bikin geli telinga tu yang tia lawak tu tapi berabis mo kasi cuba melawak juga. Kesian btul oh) tapi mimang suda jadi trend Sabahan kita kan, support dulu urang kita. Sebab dorang pun berusaha kuat juga sana. Jangan support buta saja gia.
OK lah, sebelum sa kasi abis ni entry, sa mo tanya-tanya kamurang mana satu hairstyle yang stylo kamurang rasa untuk fesyen pindik rambut?
Abis sa punya rambut mimang sa mo kasi 'stay pindik' suda ni. Malas suda sa mo kasi panjang rambut. Tia ekonomi syampu. Hehe.

atau...

Sa ikut saja lah rambut si Alex ni.
P.S: "Time You Enjoyed Wasting Is Not Wasted Time" - T.S. Eliot




